Sunday, 8 May 2011

aku masak

Assalamualaikum wbr…

Selamat malam semua dan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2 di dunia ini. entry pasal hari ibu, tok dah post sebelum ini, kalau nak baca SiNi. Okeh, memandangkan hari ini adalah hari yang spesel untuk ibu2 terutamanya Ummi tok. So tak buat kejutan hari ini. Haha Petang tadi tok masuk dapur dan masak untuk family! ahaha Jom terjah apa yang tok masak. Tok menyahut cabaran Pak Cik Mat Gebu! Yeah

Tok Masak Spesel Untuk Ummi Hari Ini

Menyahut cabaran Pak Cik Mat semalam, tok dah plan nak masak hari ini. Jarang sekali tok masuk dapur ni sejak ada peristiwa hitam 10 tahun lepas. Huhu Hari ini tok masak Sotong Masak Merah dan Sayur Campur. Haha Simple jer.. Malas nak buat yaang sukar2, takde bahan. Haha

Sotong Masak Merah Versi Tok Esah

Bahan2:

10 ekor sotong yang dipotong kecil,
2 camca kecil Sos Tomato Maggi,
2 camca kecil Sos Cili Maggi,
2 camca kecil pes Cili Kering,
sedikit garam
sedikit air

(dikisar)

2 biji Bawang merah
2 biji bawang putih
sedikit halia

Cara Memasak:

Tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.Masukkan pes cili kering,sos tomato dan sos cili.Setelah itu masukkan sotong.Sedikit air agar masakan ini sedikit berkuah.Apabila sotong sudah masak dan hidangkan.

DSC02083

Sayur Campur Versi Tok Esah

Bahan-bahan:
3 ulas bawang putih
1 kiub pati rebusan ayam
40 gm kek ikan (fish cake)
30 gm bunga kobis
30 gm brokoli
30 gm cendawan (kalau nak letak lah)
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih bersama kek ikan hingga wangi.
2. Masukkan air bersama pati rebusan ayam dan semua sayuran. Biar hingga mendidih.
3. Biar selama lima minit sebelum diangkat. Hidangkan.

DSC02080

Yeah!!! Besh tak tok masak. Hehe Ni cincai2 jer tok masak. Nak kata sedap tuh maybe tak tak leh lawan ummi tok masak lah kan. Tapi yang penting keikhlasan untuk buat sesuatu yang spesel untuk ummi sempena hari ibu dan satu langkah pertama tok masuk dapur. Hahaha

Leia Mais

Monday, 4 April 2011

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Assalamualaikum wbr..

Alhamdulillah, sape tak kenal ben ashaari?? blogger femes amos dalam dunia blogging ni kan. Hurm, beliau ada buat segmen pulak. Nak join lah buat kali pertama memandangkan blog ini masih baru lagi!! Boleh dapat ramai kawan dan mempromosikan blog ku ini!

image

Itu sahaja syarat nak join. Amatlah mudah, hehe semoga berjaya abg ben. Promot2lah blog ku ini yer!! Terima kasih!!!

Leia Mais

Friday, 1 April 2011

Santai: Asal Usul Nama Negara Kanada!!

Salam pengunjung2 blog kaki lawak. Harap semua sihat yer, okeh!! Hari ni kita sambung pulak lawak nama negara. Haha Korang tahu kan KANADA kat mana, kat mana?? africa?? oh no no, okies. Jom layaaaaann!!

kanada pergunungan alps

Asal Usul KANADA

Nama sebuah negara di sebelah utara Amerika Syarikat dicipta oleh seorang pelari jarak dekat yang terkenal di dunia. Dia mendapat nama tersebut daripada perkataan Bahasa Melayu.

Ceritanya begini... pada suatu masa dahulu di tempat lahir pemuda itu tidak mempunyai sebarang nama. Bukan itu sahaja, negara tersebut mempunyai undang-undang yang ganjil. Pemuda berkulit hitam itu telah dihukum buang negeri kerana melakukan kesalahan tidak berlari semasa berada di luar rumah seperti apa yang telah ditetapkan oleh pemerintahnya. Pemuda itu telah membuat surat rayuan, maka hukumannya diringankan. Dia disyaratkan mencipta satu nama bagi negara tersebut dalam 3 bulan sambil berlari.

Dalam pada itu di sebuah negara di Tanah Melayu, tinggallah seorang pemuda Melayu yang bernama Seman. Beliau sangat suka merantau dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sampai di salah satu negara yang dilawatinya beliau terasa hairan kerana semua penduduknya suka berlari, tak kiralah samada berlari pantas ataupun berlari perlahan.

Apabila pulang ke Tanah Melayu, diceritakannyalah kepada rakannya yang lain. "Mana ada!" Kata rakannya yang tidak percaya dengan cerita Seman itu. "Mana ada orang suka berlari sepanjang hari... buat penat badan aje!"

Tidak berapa lama kemudian setelah kumpul duit tambang, Seman pun membawa rakannya ke negara tersebut untuk membuktikan bahawa kata-katanya itu adalah benar. Setelah hampir dua bulan setengah mereka berlayar, akhirnya sampaiklah ke negara tersebut. Di pantai mereka nampak semua penduduknya berlari ke sana ke sini, tiada seorang pun yang berjalan. Dengan suara lantang, Seman menyebut... "Haaa.. KAN ADA!"

Pada masa yang sama kebetulan pemuda berkulit hitam yang sedang berlari sambil mencari idea mencipta nama negara di hari-hari terakhir hukumannya terdengar teriakan Seman yang lantang itu. Perkataan yang tak pernah didengarnya sebelum itu telah mencetuskan idea dan menyelamatkan dirinya dari dibuang negeri. Akhirnya dengan persetujuan para juri negara tersebut dengan rasminya menamakan negara tersebut sebaga "KAN ADA" atau ditulis dalam Bahasa Inggeris CANADA.

Dengan itu juga layaklah pemuda berkulit hitam tersebut yang bernama Ben Johnson menjadi warganegara tersebut dan sekaligus layak mewakili negaranya ke Sukan Olimpik dan telah pun banyak memenangi pingat dalam acara larian.

sumber ujang

Leia Mais

Tuesday, 29 March 2011

Santai: Asal Usul Nama Pahang!!

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas dan sedap di dengar.

Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib.

 rompin pahang                                                   Rompin, Pahang (credit deviantart)

Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

"Hamba cadangkan nama Karma Sari."
"Hamba pula cadangkan Margapura."
"Karma Sari lebih molek."
"Molek lagi Margapura."
"Pilihlah Karma Sari!"
"Margapura!"

"Karma Sari!"
"Margapura!"
"Karma Sari molek!"
"Molek lagi Margapura!"
"Tengkorak hang!”

"Opah hang!"
"Opah hang!"

"Sudah! Sudah!"

Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,"Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi... haaa? Opahang! Ya... opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang." Demikianlah kisahnya.

Hahaha Sila percaya okeh!!

sumber: lawak ujang

Leia Mais

Blog Kaki Lawak Officially Launched!!

Assalamualaikum wbr..

welcome to kaki info

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerna dengan limpah serta kurnianya, dapat saya tubuhkan satu blog yang mana InsyaAllah bermanfaat terhadap masyarakat di dunia amnya dan Malaysia khasnya. Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan kepada Allah SWT kerna memberi keizinan dan kekuatan kepada saya untuk mempersiap siagakan blog ini. Alhamdulillah.!!

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kalian semua, pengunjung blog Kaki Lawak ini sebagai memberi sokongan kepada saya untuk menyebarkan lawak2 terkini yang ada dalam negara mahupun luar negara. Terima kasih kerna sudi mengunjungi blog saya ini.

Okeh, buat makluman kalian semua. Saya tubuhkan satu blog khas untuk sebarkan dan berkongsi lawak2 ini kerna menjadi satu tanggungjawab kepada saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang dahagakan hiburan serta juga ketenangan dengan cara sebegini daripada mambuat maksiat agar kita sentiasa mendapat naungan dari Allah SWT. Mungkin apa yang saya terjemahkan dalam blog ini, ada yang betul, dan mungkin juga ada yang kurang tepat. Maafkan saya kalau ia terjadi kerna saya juga manusia biasa. InsyaAllah saya akan cuba sedaya upaya untuk memberikan lawak2 yang kelakar lagi baik untuk kalian semua. Teruskan perjuangan bersama blog Kaki Lawak.

Offical blog Tok Esah!!

Tarikh: 29 Mac 2011

Nama: Blog Kaki Lawak

Fakta: Segala yang terkandung dalam blog ini adalah karya asal penulis melainkan saya menyatakan sumber yang saya dapat. Harapan saya agar kalian tidak membuat onar dalam blog ini. Jika mahu copy paste, sila mintak izin dahulu dan memberi backlink. Terima kasih!!

Leia Mais
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...